; .:: OUM Johor ::.: Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011

Pages

Subscribe

Thursday 31 March 2011

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011 akan bermula dari 2 April hingga 30 April 2011. Terdapat beberapa penguatkuasaan peraturan peperiksaan yang baru iaitu :

  1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk pencil box ke dalam dewan peperiksaan. Hanya alat tulis yang dibenarkan sahaja termasuk kalkulator dibenarkan.
  2. Slip Menduduki Peperiksaan wajib dibawa bersama untuk melayakkan pelajar menduduki peperiksaan. Mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan.
  3. Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang berharga semasa menghadiri peperiksaan kerana beg-beg persendirian tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.


Peperiksaan akan dijalankan di tingkat 2 dan 3. Jadual peperiksaan boleh dimuatturun di SINI.

Pihak pengurusan OUM Johor mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang.

Nota Penting
Kertas peperiksaan yang dijadualkan pada 16 April 2011 akan ditukarkan kepada 30 April 2011 disebabkan oleh pilihanraya negeri Sarawak. Untuk makluman lanjut sila rujuk pengumuman peperiksaan yang dipaparkan di dalam sistem myVLE.

0 comments:

Post a Comment