; .:: OUM Johor ::.: Preview Pengambilan Pelajar Baru Semester Mei 2011

Pages

Subscribe

Saturday 26 March 2011

Preview Pengambilan Pelajar Baru Semester Mei 2011

Pada hari ini, sesi preview yang pertama untuk pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 telah dijalankan di PP Johor Bahru dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan di Seramai 36 orang menghadiri sesi preview di PP Johor Bahru dan terdapat 6 orang peserta walk-in. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah OUM Johor, En. Abdul Rahim Mohamed Amin. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang seorang bekas pelajar OUM Johor, ASP Champin Piuh yang berkongsi pengalaman belajar beliau di OUM dengan bakal-bakal pelajar baru.

Pada hari yang sama juga, PP Batu Pahat turut mengadakan preview pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 dari jam 2.00 hingga 4.00 petang dan taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah OUM Johor, Puan Azlina Adnan. Seramai 21 orang yang hadir dan terdapat 5 orang peserta walk-in.

Sesi preview ini  telah dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana memberikan peluang kepada bakal-bakal pelajar untuk mengenali dan memahami program-program yang ditawarkan oleh OUM Johor dengan lebih dekat lagi.

Untuk makluman, sesi preview yang berikutnya adalah pada 16 April 2011 di PP Batu Pahat dan 17 April 2011 di Hotel Paragon Johor Bahru. Disamping itu, OUM Johor juga akan terlibat di dalam Program Hari Terbuka Iskandar Malaysia yang bakal diadakan dari 22 hingga 24 April 2011 di City Square Johor Bahru. Kemuncak sesi preview pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 adalah Program Hari Terbuka OUM yang akan diadakan pada 7 Mei 2011 di PP Johor Bahru dimana ianya menawarkan hadiah-hadiah yang menarik antaranya iPad, hamper dan sebagainya.

Gambar-gambar semasa sesi preview di PP Johor Bahru.





0 comments:

Post a Comment