Open University Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah melancarkan kutipan derma untuk mengisi Tabung Bantuan Gempa Bumi & Tsunami OUM-Jepun.
PPW Johor juga turut tidak ketinggalan untuk turut serta dalam kempen ini dengan menyediakan tabung kutipan derma di ruangan lobi berhadapan dengan lif. Untuk makluman, kempen ini akan bermula mulai hari ini, 2 April 2011 sehingga 17 April 2011.
Bersama-samalah kita menderma bagi meringankan penderitaan mangsa tsunami tersebut. Walaupun sumbangan ikhlas ini kecil tetapi amat besar ertinya bagi mereka. Terima kasih diucapkan di atas keprihatinan yang anda diberikan.
0 comments:
Post a Comment