; .:: OUM Johor ::.: March 2011

Pages

Subscribe

Thursday 31 March 2011

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011 akan bermula dari 2 April hingga 30 April 2011. Terdapat beberapa penguatkuasaan peraturan peperiksaan yang baru iaitu :

  1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk pencil box ke dalam dewan peperiksaan. Hanya alat tulis yang dibenarkan sahaja termasuk kalkulator dibenarkan.
  2. Slip Menduduki Peperiksaan wajib dibawa bersama untuk melayakkan pelajar menduduki peperiksaan. Mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan.
  3. Pelajar-pelajar dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang berharga semasa menghadiri peperiksaan kerana beg-beg persendirian tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.


Peperiksaan akan dijalankan di tingkat 2 dan 3. Jadual peperiksaan boleh dimuatturun di SINI.

Pihak pengurusan OUM Johor mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang.

Nota Penting
Kertas peperiksaan yang dijadualkan pada 16 April 2011 akan ditukarkan kepada 30 April 2011 disebabkan oleh pilihanraya negeri Sarawak. Untuk makluman lanjut sila rujuk pengumuman peperiksaan yang dipaparkan di dalam sistem myVLE.

Baca Selanjutnya / Read more ....

Sunday 27 March 2011

Kelas Pertama Program SMP Ambilan Khas

Kelas pertama Program SMP Ambilan Khas Semester Mac 2011 telah bermula pada hari ini di mana seramai 220 orang pelajar yang terdiri daripada guru-guru di sekitar daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi telah mengikuti program ini.

3 subjek ditawarkan iaitu OUMH 1103, HBEF2103 dan HBEF3103 untuk semester ini. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mensiswazahkan semua guru-guru di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah.




Pihak pengurusan OUM Johor mengucapkan selamat menjadi warga pelajar OUM dan semoga berjaya di dalam pengajian yang diceburi.
Baca Selanjutnya / Read more ....

Programmes



Diploma
  • Human Resource Management
  • Management
  • Early Childhood Education
  • Information Technology
  • Pre-Hospital Emergency Care
Bachelor (Honours)
  • Accounting
  • Business Administration
  • Economics
  • Human Resource Management
  • Management
  • Marketing
  • Early Childhood Education
  • Education (Educational Administration)
  • Education (TESL)
  • English Studies
  • Education (Mathematics)
  • Manufacturing Management
  • Occupational Health and Safety Management
  • Sports Science
  • Technology Management
  • Computer Science
  • Information Technology
  • Information Technology and Management
  • Information Technology in Network Computing
  • Information Technology with Software Engineering
  • Multimedia Communication
  • Multimedia Technology
  • Communication
  • Islamic Studies (Islamic Management)
  • Political Science
  • Psychology
  • Nursing Science
Master's
  • Business Administration
  • Education
  • Management
Baca Selanjutnya / Read more ....

Saturday 26 March 2011

Preview Pengambilan Pelajar Baru Semester Mei 2011

Pada hari ini, sesi preview yang pertama untuk pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 telah dijalankan di PP Johor Bahru dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan di Seramai 36 orang menghadiri sesi preview di PP Johor Bahru dan terdapat 6 orang peserta walk-in. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah OUM Johor, En. Abdul Rahim Mohamed Amin. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran seorang seorang bekas pelajar OUM Johor, ASP Champin Piuh yang berkongsi pengalaman belajar beliau di OUM dengan bakal-bakal pelajar baru.

Pada hari yang sama juga, PP Batu Pahat turut mengadakan preview pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 dari jam 2.00 hingga 4.00 petang dan taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengarah OUM Johor, Puan Azlina Adnan. Seramai 21 orang yang hadir dan terdapat 5 orang peserta walk-in.

Sesi preview ini  telah dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana memberikan peluang kepada bakal-bakal pelajar untuk mengenali dan memahami program-program yang ditawarkan oleh OUM Johor dengan lebih dekat lagi.

Untuk makluman, sesi preview yang berikutnya adalah pada 16 April 2011 di PP Batu Pahat dan 17 April 2011 di Hotel Paragon Johor Bahru. Disamping itu, OUM Johor juga akan terlibat di dalam Program Hari Terbuka Iskandar Malaysia yang bakal diadakan dari 22 hingga 24 April 2011 di City Square Johor Bahru. Kemuncak sesi preview pengambilan pelajar baru Semester Mei 2011 adalah Program Hari Terbuka OUM yang akan diadakan pada 7 Mei 2011 di PP Johor Bahru dimana ianya menawarkan hadiah-hadiah yang menarik antaranya iPad, hamper dan sebagainya.

Gambar-gambar semasa sesi preview di PP Johor Bahru.





Baca Selanjutnya / Read more ....

Friday 25 March 2011

Contact Us


Contact Person

Mr Abdul Rahim Mohamed Amin
(Director)
H/P : 019-7765700
Tel : 07-221 2006
Fax : 07-221 9006
E-mail: rahim_amin@oum.edu.my

Mrs Hidayati Kasuma Abdul Hadi
Tel : 07 - 221 2006
Fax : 07 - 221 9006
H/P:012-211 7448
E-mail: hidayati@oum.edu.my

Mrs Nur Aniza binti Zainal
H/P : 012 - 742 4540
Tel : 07 - 221 2006
Fax : 07 - 221 9006
E-mail : nuraniza@oum.edu.my


Address


Johor Learning Centre
Open University Malaysia
Jln Ibrahim Sultan,
80300 Johor Bahru,
JOHOR
Baca Selanjutnya / Read more ....